Blog Cikgu Suriah Bt. Arbi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...untuk semua pelawat blog saya. Blog ini dihasilkan untuk memenuhi Tugasan KRT3013. Pada mulanya, saya rasa tugasan ini agak membebankan memandangkan saya 'buta IT'. Namun setelah berjaya membina blog ini terasa ada kepuasan dan segala kesulitan dapat diatasi. Di dalam blog ini saya muatkan beberapa contoh Rancangan Pelajaran Harian Matematik Tahun 2 beserta dengan refleksinya. Di harap informasi yang diberi dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

Monday 26 September 2011

BIJAK SIFIR

Video yang saya gunakan sebagai BBM 
"Pak Wa Pak Wa Laga Wa"

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                                       :  27 Jun  2011
Masa                                        :  0700 – 0800
Kelas                                        :  2D
Bilangan pelajar                         :  31 orang
Mata Pelajaran                          :  Matematik
Bidang                                      :  Nombor
Tajuk                                        :  Pendaraban Menggunakan Sifir Darab 2,3,4 dan 5
Hasil  pembelajaran                   :  Murid-murid dibimbing untuk:
1.4     Memahami darab adalah penambahan berulang
(Sifir darab 2, 3, 4, dan 5)

Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, 
                                                  murid-murid dapat :
                                                  a) mendarab dua 1-digit nombor menggunakan 
                                                      sifir 2,3,4, dan 5.

Pengetahuan Sedia Ada            :  1. Murid telah mengenal pasti istilah penambahan 
                                                      berulang dan bagaimana mencari hasil tambah.
Nilai                                          :  Berani mencuba, yakin diri.
Bahan Bantu Mengajar               :  Video Bijak Sifir, Jadual Sifir (2,3,4,dan 5).

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                      i.        Set induksi

                     ii.        Aktiviti    :tayangan video, penerangan,bersoal jawab – penggunaan 
                               bahan mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

                    iii.        Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Refleksi:
Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati pengajajaran untuk kemahiran ini menyeronokkan.  murid-murid begitu teruja dengan tayangan video yang digunakan.  Video yang ditayangkan dapat menarik perhatian murid dan seterusnya memudahkan ingatan murid tentang sifir dengan turut sama menyanyikan lagu Pak Wa Pak Wa Laga Wa.  Ternyata gabungan nyanyian dan grafik yang menarik mampu memudahkan pengajaran saya dan menjurus kepada pencapaian objektif.  Selain itu, teknik soal jawab dan latih tubi yang digunakan dalam sesi p&p ini dapat mengekalkan pemahaman murid tentang kemahiran yang diajar.  Walaupun video yang digunakan menjadi daya tarikan dalam sesi p&p ini namun ada beberapa orang murid dilihat kurang berminat dengan tayangan tersebut.  Mereka dilihat lebih suka melihat mulut kawan yang menyanyikan lagu tersebut dan berada dalam dunia ciptaan mereka sendiri.  Di sini saya membuat kesimpulan bahawa mereka tidak tahu kandungan video tersebut dan ini menjadikan mereka tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti melihat tayangan video.  Apabila selesai melihat tayangan video tersebut, saya meneruskan sesi p&p dengan penerangan tentang video tersebut dan cara penggunaan maklumat yang disampaikan.  Saya dapati kumpulan murid yang tidak berminat dengan video tadi, mengangguk-angguk kepala tanda mereka faham.  Saya berpuas hati kerana kumpulan murid ini mendapat input daripada penerangan yang saya beri.  Benarlah kata orang, senjata utama guru dalam menyampaikan pelajaran adalah suara dan teknik yang digunakan.  Di samping itu, penggunaan latih tubi juga berkesan dalam pengajaran matematik.  Saya lihat murid-murid begitu selesa dengan latihan yang diberi dan mereka dapat menjawab dengan pantas dan tepat.  Saya berharap agar prestasi pembelajaran mereka kekal seperti ini dan terus meningkat menuju kecemerlangan.

Sumber:Youtube -The Multiplication Table 
 

Mari Menyanyi Sambil Mengira

Saturday 24 September 2011

Being a teacher

Teaching is like no other job.
It is as inspiring, challenging and unique as each child you teach.
It's a career that genuinely does make a difference.
No two children are the same.
No two days are the same.
You have the privilege of opening doors to learning, to turning children on to lifelong interests.