Blog Cikgu Suriah Bt. Arbi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...untuk semua pelawat blog saya. Blog ini dihasilkan untuk memenuhi Tugasan KRT3013. Pada mulanya, saya rasa tugasan ini agak membebankan memandangkan saya 'buta IT'. Namun setelah berjaya membina blog ini terasa ada kepuasan dan segala kesulitan dapat diatasi. Di dalam blog ini saya muatkan beberapa contoh Rancangan Pelajaran Harian Matematik Tahun 2 beserta dengan refleksinya. Di harap informasi yang diberi dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

Sunday 11 December 2011

Video Belajar Matematik Sambil Bernyanyi

Video 1: Sesuai dijadikan BBM untuk mengingat formula dalam kemahiran Matematik

Video 2: Sesuai dijadikan BBM untuk mengajar kemahiran Pecahan


Video 3: Sesuai dijadikan BBM untuk mengajar kemahiran Menyelesaikan Masalah melibatkan operasi Tambah dan Tolak 

 

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2

Thursday 8 December 2011

MATEMATIK TAHUN 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Makro)
Tarikh                                       :  20  Oktober 2011
Masa                                        :  0730 – 0800
Kelas                                        :  2D
Bilangan pelajar                         :  31 orang
Mata Pelajaran                          :  Matematik
Bidang                                      :  Sukatan dan Geometri
Tajuk                                        :   Ruang
Hasil  pembelajaran                   :   Murid-murid dibimbing untuk:
                                                   13.1      Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
                                                  murid-murid dapat:
                                                  a)  Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan 
                                                       huraian.

Pengetahuan Sedia Ada            :1.    Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan   
                                                      dengan ruang (bentuk, permukaan rata,
                                                      permukaan melengkung)        
Nilai                                          :  Bekerjasama, yakin diri.
Bahan Bantu Mengajar               :  Bongkah 3D, Lembaran kerja.
Langkah pengajaran  :
Set Induksi
1.         Guru meminta murid menunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja.
2.         Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing.
3.         Murid-murid diminta berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.
            Cadangan komunikasi:
                      i.        Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja kamu dengan tapak tangan.
                     ii.        Apa yang kamu rasa?
Langkah 1
1.         Perkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti berikut:
i.          Guru meletakkan sekumpulan bongkah 3D di hadapan murid dan membimbing murid menyatakan ciri-ciri bongkah tersebut.
ii.          Bersoal jawab secara lisan bagi meninjau kefahaman murid tentang ciri-ciri yang ada pada bongkah-bongkah 3D.
iii.         Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk melabelkan ciri-ciri bentuk 3D.
iv.         Penyemakan dilakukan bersama-sama.
            Cadangan komunikasi:
                        a)         Sebutkan ciri-ciri pada bongkah ini:
·         Kubus
·         Kon
·         Silinder
·         Piramid
·         Sfera
·         Kuboid
b)         Labelkan ciri-ciri pada bentuk 3D.
Langkah 2
1.         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil.
2.         Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 bongkah 3D.
3.         Murid-murid diminta membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.
                        Cadangan komunikasi:
                                    a)         Sila bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.
b)         Perhatikan setiap bongkah 3D dalam kumpulan masing- masing dan lengkapkan jadual yang diedarkan.
Langkah 3
1.         Guru mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.
2.         Penyemakan dilakukan bersama-sama.

 Penutup:
1.        Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang
           dijalankan.
2.         Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bentuk-bentuk 3D dapat dikenal pasti melalui huraian ciri-ciri yang ada padanya.
REFLEKSI:
Kekuatan:
Kelebihan dan kekuatan dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makro pengajaran ialah yang pertama ketegasan dan kelantangan suara dalam menyampaikan isi pelajaran.  Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru.  Di samping itu, penggunaan nada suara tinggi dan rendah serta ada intonasi merupakan bonus bagi saya untuk menarik perhatian murid.  Apabila kelantangan dan ketegasan saya berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran menyebabkan murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.  Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya.  Sebagai contoh, pada awal pengajaran saya mengambil masa 2 minit untuk menegur sikap murid yang suka berpindah tempat duduk.  Murid tersebut berpindah duduk pada kumpulan murid yang gemar bercakap.  Perbuatan mereka ini boleh mendatangkan masalah disiplin dan menyebabkan suasana bising.  Tindakan yang saya ambil, menunjukkan ketegasan dan sikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling.
Seterusnya, tulisan saya yang jelas di papan tulis juga membantu pemahaman murid tentang apa yang disampaikan oleh guru.  Di sini saya telah menggunakan sebaik mungkin ruang di papan tulis.  Kejelasan dalam memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pati dalam penyampaian pelajaran.  Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam menentukan kefahaman murid.  hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid.  Contohnya, ketika saya meminta beberapa orang mrid melabelkan bahagian pada lukisan  bentuk 3 Dimensi.  Murid dapat melabelkan bahagian tersebut dengan istilah yang telah diperkenalkan.  Aktiviti secara berkumpulan juga dapat dilaksanakan mengikut arahan.  Semua murid dapat bekerjasaman dalam menghasilkan tugasan yang diberi.  arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan.  Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan dengan isi pelajaran.

Kelemahan: 

Kelemahan dan kekurangan yang ketara sekali dapat dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan makro ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.  Ketepatan masa sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.  Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring.  Contohnya, aktiviti penutup tidak sempat dirakam kerana masa 30 minit yang diperuntukkan telah tamat.  Namun demikian, aktiviti penutup telah dijalankan di luar rakaman.  Masa yang tidak mencukupi disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk menjalankan sesuatu langkah.  Di sini saya telah mengambil masa yang lebih untuk sesi penerangan dan bersoal jawab dengan murid.
Tindakan saya yang menggesa murid dalam menyiapkan lembaran yang diberi juga merupakan kelemahan dalam pengajaran saya.  Apabila saya melihat kembali rakaman yang dibuat, tidak sepatutnya saya menggesa murid menyiapkan tugasan dengan cepat.  Hal ini boleh menimbulkan tekanan kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi.  Jadi tugasan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan.  Namun saya dapati tugasan yang dibuat oleh murid  memuaskan hati dan mereka memberikan jawapan yang tepat walaupun ada beberapa orang murid masih lemah kefahamannya tentang kemahiran yang diajar.  Pada sesi p&p yang akan datang, saya harus sentiasa berhati-hati dengan segala tindakan yang saya buat agar pengajaran saya berjalan dengan lancar dan mengikut segala perancangan yang dibuat.
Kelemahan terakhir yang saya nampak dalam rakaman video pengajaran adalah perbuatan saya yang membetulkan jawapan murid dengan hanya mempamerkan hasil tugasan kumpulan sepintas lalu sahaja.  Sepatutnya hasil kerja kumpulan dipamerkan di papan tulis dan meminta wakil setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan kumpulan mereka sendiri.  Sekiranya perkara seumpama ini dilakukan, saya rasa p&p akan lebih menarik dan idea murid dapat dikembangkan lagi.

Langkah Mengatasi:
 
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid.  Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.  Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah.  Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya.

Selain itu, saya harus berusaha untuk merancang pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan semua murid.  Saya harus membina objektif yang bersesuaian dengan kumpulan cerdas dan kumpulan lemah.  Hal ini menunjukkan hak pembelajaran dapat dikecapi oleh semua murid.  Begitu juga dengan aktiviti p&p.  Aktiviti yang dirancang harus mengambil kira tahap kebolehan, minat dan kecenderungan murid.  Ini menjadikan sesi p&p lebih menarik dan bermakna untuk semua murid.  Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkan akan tercapai.  Di sini saya mesti peka dengan kehendak dan keperluan murid agar semua murid mendapat layanan yang adil dan saksama.

Video pengajaran Makro Cikgu Suriah Bt. Arbi