Blog Cikgu Suriah Bt. Arbi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...untuk semua pelawat blog saya. Blog ini dihasilkan untuk memenuhi Tugasan KRT3013. Pada mulanya, saya rasa tugasan ini agak membebankan memandangkan saya 'buta IT'. Namun setelah berjaya membina blog ini terasa ada kepuasan dan segala kesulitan dapat diatasi. Di dalam blog ini saya muatkan beberapa contoh Rancangan Pelajaran Harian Matematik Tahun 2 beserta dengan refleksinya. Di harap informasi yang diberi dapat memberi kebaikan kepada kita semua.

Tuesday, 29 November 2011

MATEMATIK TAHUN 2 (TIMBANGAN BERAT)

video
Video pengajaran Mikro Cikgu Suriah Bt. Arbi
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)
Tarikh                                       :  27 September 2011
Masa                                        :  0700 – 0800
Kelas                                        :  2D
Bilangan pelajar                         :  31 orang
Mata Pelajaran                          :  Matematik
Bidang                                      :  Sukatan dan Geometri
Tajuk                                        :  Timbangan Berat
Hasil  pembelajaran                   :  Murid-murid dibimbing untuk:
                                                   11.1   Mengenal unit gram dan unit kilogram
Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
                                                       murid-murid dapat :
                                                      a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan 
                                                          memerhatikan senggatan pada alat penimbang.
                                                      b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogram
Pengetahuan Sedia Ada            :  1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan
                                                     dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat, 

                                                     lebih ringan)
Nilai                                          :  Bekerjasama, yakin diri.
Bahan Bantu Mengajar               :  Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
                      i.        Set induksi

                     ii.        Aktiviti    :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu  
        mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

                    iii.        Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Pelaksanaan P&P:

Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan



Langkah 1:
(Penyampaian Isi Pelajaran)

(10 minit)
1.     Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi unit gram dan unit kilogram.
2.     Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek-objek yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya.
3.     Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan.








Nilai:
-Yakin diri.

Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4
-       Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.
-       Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.
-       Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut.
-       Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.

Minit 5-10
-       Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan alat penimbang.
Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg sekolah murid dan seorang murid lelaki.
-       Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.
-       Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

REFLEKSI:
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah pertama, penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik.  Bahan bantu mengajar yang saya guna ialah alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan biasa digunakan oleh murid.  Murid-murid begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa.  Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu mereka.  Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. 

Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.  Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya.  Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.  Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam pengajaran saya.  Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah.  Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid.  Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid.  Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran.


            KELEMAHAN
           
Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi yang saya gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru.  Contohnya, saya sendiri melakukan aktiviti menimbang objek menggunakan alat penimbang.  Adalah lebih baik sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti ini manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid.

Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid.  Apabila menyoal murid sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama murid untuk menjawab soalan secara individu.  Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab soalan guru.  Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isi pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua.  Contohnya ketika saya menyebut berat sebiji betik.  “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4 kg.  Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada nombor bulat tanpa melibatkan nombor perpuluhan.  Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa yang digunakan.

            LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid.  Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid.  Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah.  Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya.

Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid.  Layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama.  Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang digunakan dalam penyampaian ilmu.  Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harus sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid.  Penggunaan istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p. 

Contoh alat penimbang digital


Video menunjukkan contoh alat penimbang digital yang sering digunakan.

No comments:

Post a Comment